LATARBELAKANG

PENGENALAN
Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling diberikan sempena kedudukannya yang terletak di kawasan pedalaman negeri Pahang iaitu Ulu Tembeling. Sekolah ini dibina di sebuah kampung yakni Kampung Bantal. Ia juga adalah sekolah yang pertama dibina di kawasan penempatan Sungai Ulu Tembeling pada sekitar tahun 50-an.
Dengan penambahan jumlah murid dan guru dari tahun ke tahun , ianya memerlukan tempat untuk keselesaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun akhir 80-an, kerajaan pusat telah meluluskan pembinaan bangunan sekolah baru iaitu 2 blok bangunan kelas, 1 blok makmal dan 2 blok asrama. Memandangkan tenaga pengajar berasal dari luar kawasan, pembinaan rumah guru juga telah disediakan sebanyak 4 buah. Seterusnya Pada tahun 2008 sebanyak 4 unit rumah guru juga telah dibina. Sehinggalah tahun 2010, kerajaan juga telah meluluskan bangunan tambahan sebanyak 2 blok kelas 1 blok bangunan pentadbiran baru yang sedang dalam pembinaan.

SEJARAH PENUBUHAN
Sekolah ini telah dibuka oleh D. J. Lewis iaitu Pegawai Pelajaran Pahang Barat pada awal tahun 1950 dengan bangunan kayu beratapkan daun rumbia didirikan secara gotong-royong oleh penduduk kampung Guru yang mula mengajar ialah En. Razali Bin Jaafar dan En. Wan Basri Bin Wan Salleh. Muridnya ketika itu berjumlah seramai 180 orang yang terdiri dari penduduk Kg. Gusai, Kg. Bukit Mat Daling, Kg. Kuala Sat, Kg. Peling dan sekitar Kg. Bantal.

VISI
" SEKOLAH ULU TEMBELING CEMERLANG DI LEMBAH TEMBELING SETIAP TAHUN "

MISI
MENJANA DINAMIK KURIKULUM,KOKURIKUL DAN BINA INSAN DENGAN KOMITMEN YANG PADU SELARAS DENGAN INSPIRASI NEGARA MELALUI SISTEM PENGURUSAN YANG CEKAP DAN BERKESAN, BUDAYA KERJA YANG CEMERLANG SERTA PERMUAFAKATAN YANG JITU DAN MEMASTIKAN IKLIM SEKOLAH YANG KONDUSIF KEPADA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN

LOGO SEKOLAH
Warna Merah
Melambangkan Semangat, Kesungguhan Dan Keberanian Warga Sekolah Menuju Kecemerlangan
Warna Biru
Melambangkan Kerjasama, Usaha Dan Perpaduan Warga Sekolah
Warna Kuning
Melambangkan Ilmu, Kesetiaan Dan Kepatuhan Kepada Sekolah Dan Negara





LAGU SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling
Sekolah kami yang indah
Teguh berdiri desa permai
kami belajar aman damai

Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling
Tempat kami menuntut ilmu
Kami belajar dengan rajin
Tanpa merasa jemu

Peraturan sekolah kami patuhi
Guru-guru kami hormati
Nilai murni kami amalkan
semoga kami dapat kejayaan

Padamu kami berjanji
Akan taat setia berbakti
Menuju wawasan suci
Semoga diberkati, Semoga diberkati